Punyalah Sibuk Sampai Tak Sempat Tulis Blog Sendiri

Gambar Hiasan... hikhikhik

Punyalah sibuk tulis blog lain sampaikan blog sendiri pun aku tak tulis dah. Kalau ikutkan plan asalnya aku nak tulis kisah kehidupan sendiri dalam ni supaya satu masa nanti boleh dibuka semula ibarat diari.

Tapi sampai hari ini blog ini langsung tidak diisi. Sejak mula dibuka pada bulan june 2008 boleh dikira berapa saja posting yang aku buat dan kalau kira itupun bukan la apa sangat jika nak dibandingkan dengan blog politik yang aku tulis.

Jadi dengan semangat yang baru, aku rasa kali inilah aku nak mula tulis balik diari aku ini dengan perjalanan kehidupan yang semakin mencabar berbanding tahun-tahun sebelumnya. mungkin juga aku nak ceritakan juga pengalaman dan parit jerit kehidupan sebelum ini buat panduan aku dan anakku pada satu hari nanti.

Jika ada kesempatan jika dia membacanya mungkin dia akan tahu bagaimana sukarnya bapanya dulu ketika mahu membesarkannya. Bukan niat mahu mengungkit tetapi sebagai kesedaran dan panduan hidupnya jika tidak mahu susah seperti ibu bapanya maka dia kena berusaha untuk jadi seperti aku.

So, esok atau mungkin malam ini aku akan tulis dan harap ada komen yang membina daripada sahabat yang mengikut aku selama ini.

Comments

Popular Posts