NTah Dimana Kesudahannya?

Terkilan sungguh aku hari ini mengenangkan nasib bangsaku pada masa akan datang. Perjuangan memertabatkan Bangsa Melayu kini sudah sampai ketahap yang amat membimbangkan, manakan tidak? kini boleh dikira Manusia Melayu yang ingin memperjuangkan nasib bangsanya sendiri. Mereka kini lebih pentingkan diri sendiri dan mengejar kuasa yang akan menterbalikkan hidup mereka suatu hari nanti. Aku tidak menafikan kita perlu mengisi poket kita jika tidak ada antara rumah mereka yang tak berasap dapurnya 'kata orang-orang tua'.

Aku memerhatikan mereka ini dari dulu sejak mula mereka 'mengayat', memujuk supaya undilah mereka dan mereka akan pastikan yang mereka akan membela nasib rakyat yang dianiaya kononya. Tapi setelah kian lama memerintah aku masih tak nampak apakah yang sebenarnya dikatakan "MERAKYATKAN EKONOMI"? dan dimanakahkah kesungguhan untuk membela nasib rakyat. Di kampung aku sendiri banyak kemudahan awam tidak diselenggara hingga mengakibatkan kesukaran kepada penduduk setempat. Begitu juga aktiviti, tiada langsung aktiviti yang dilaksanakan untuk menunjukkan kesungguhan mereka dalam membela nasib rakyat. Jika kemudahan awam rosak maka tiadalah tempat untuk meganjurkan aktiviti dan apalagi yang ada dalam kampung tersebut? Dimana pembangunan yang dijanjikan?, bagaimana nasib nelayan? bagaimana dengan pembangunan modal insan? dan bagaimana untuk berinteraksi dengan pemimpin?

Tidak ada pemimpin dari Parti Pemerintah Negeri yang turun mendekati penduduk setempat. Pagar Roboh, Balairaya rosak, longkang tersumbat, bahu jalan semak-samun, aktiviti sokongan tiada, nasib nelayan tidak terbela, orang miskin tidak terbela dan banyak lagi nak diceritakan tetapi yang menjadi persoalan dimanakah pemimpin yang sekarang in memerintah Negeri selangor dan wakil-wakilnya? begitu juga dengan bekas pemimpin dan kkonco-konconya yang memeimpin sebelum ini? adakah kerana kalah maka penduduk yang pernah memangkah dan menjadikan mereka kaya sekarang ini perlu dipinggirkan?

Bagi aku kedua-duanya sama.. dimanakah mereka? Yang Kalah Dah Lari.. Yang Menang buat tak tau! tapi yang pasti mereka pasti kembali... dan akan melutut, menangis dan merayu, merayu kepada orang-orang yang dipinggirkan ini.....

Comments

Popular Posts