Berakhirnya 2012........


Tahun 2012 merupakan tahun yang paling mencabar dalam hidup aku. Perjalanan yang sangat panjang penuh dengan pelbagai dugaan dan cobaan..Dalam mengejar cita-cita terlalu banyak yang telah aku korbankan tahun ini. Tahun 2012 bukan sebarang tahun bagi aku.

Pembuat filem antarabangsa sendiri memilih tahun 2012 sebagai tahun KIAMAT untuk dibuat filem dan dengan itu juga ramai yang percaya tahun 2012 adalah tahun terakhir dalam bagi kehidupam umat manusia.. tetapi ituhanyalah sebuah filem, sebuah cerita yang dibuat-buat sebagai hibiran dan jika ada yang percaya sekalipun ia hanyalah manusia yang tidak punya iman kerana kiamat itu pasti datang dan hanya Allah swt sahaja bisa menentukan bila ianya akan tiba.

Tapi bagi diri aku apa yang beraku dalam tahun 2012 ini amat beerti walaupun ianya amat perit untuk aku tempuh. Apayang telah aku tempuh sepanjang tahun ini biarlah ianya menjadi rahsia dan pedoman buat diriku untuk aku menjadi seorang yang lebih matang untuk tahun-tahun seterusnya itupun jika diberi kesempatan oleh Sang Pencipta untuk aku terus bernyawa...

Kepada keluarga, sahabat dan semua yang mengenali... Ampunkan salah-silapku, halalkan makan-minumku dan semuanya.. Ucapan aku ini bukan niat untuk mati tetapi aku cuma mohon restu dan kemaafan agar tahun baru 2013 bakal memberikan aku sedikit ruang untuk terus berusaha.

Akhir sekali, Aku amat bersyukur kehadrat Allah Swt kerana memberikan kesedaran dan kesempatan untuk aku. moga tahun baru ini akan ada sinar baru untuk aku dan keluargaku....

Comments

Popular Posts