Mulakan Kembali Perjalanan Dari Tempat Ia Pernah Bermula


Hari ini aku bersyukur kehadrat Allah SWT kerana melorongkan aku kembali ke tempat dimana aku pernah memulakan perjalananku dalam kehidupan.

Hari ini setelah belasan tahun aku bersabung nasib melalui pelbagai dugaan dan cobaan yang menduga aku sejak empat tahun kebelakangan ini.

Jadi hari ini aku bertekad untuk memulakannya semula dimana ia pernah bermula dan aku tinggalkan segala angan dan cita-citaku disini.



Aku kembali ke kampung halaman dengan hati yang tenang  hari ini.. langkah kakiku rasa ringan tatkala menaiki tangga bas yang telah belasan tahun aku tinggalkan.

Kenangan lama kembali bermain dalam ingatan dan ada kalanya aku tersenyum sendirian mengingatkan kenangan-kenangan manis yang pernah aku lalui dan bas ini sebenarnya banyak kenangan.

Kenangan tentang seorang teman yang sentiasa bersama aku yang sentiasa mendengar rintihan hatiku, teman yang sentiasa memberikan semangat kepadaku.. kini cuma tingal kenangan.

Dari dalam bas ini sama saja situasinya sejak dulu, sama saja penumpangnya ... Ramai India dari Melayu dan sikit Cina.. hahaha suasana harmoni bas ni sama macam dulu-dulu...


Cuma apa yang berbeza bas sekarang ni, bas ni dah baru tak macam dulu yang driver basnya bawak bas macam kat litar Sepang tapi sekarang ni pemandunya berkhemah dan patuh undang-undang... (stakat yang aku naik ni la). hahahahah

Syukur Ya Allah hari ni aku rasa tenang sangat dan sepanjang perjalanan mententeramkan diriku yang sekian lama dilanda kedukaan dan dugaan.

Bapa.. Ibuku sudah tiada dan kini aku harus menjadi contoh kepada adik-adikku kerana mereka sudah tiada siapa lagi kecuali aku sebagai ketua keluarga.. oleh kerana itu aku harus kuat dan membina semula keyakinanku demi masa depan..Insyaallah..

Tinggalkan semua dan mulakan yang baru.... aminnnnnn....

Comments

Popular Posts