Masak Lemak Cili Api Siput Sedut | Cerithidea Obtusa Taman Alam Kuala Selangor


Masak Lemak Cili Api Pedas Siput Sedut kepada siapa yang tidak pernah merasianya pasti tidak tahu betapa enaknya makanan ini tetapi kepada yang pernah mencuba akan meleleh air liur bila ternampak gambar seperti ini...

Siput Sedut atau nama 'omputehnya' Cerithidea obtusa juga dikenali sebagai Siput Belitung atau Siput Mata Merah di sesetengah tempat merupakan sejenis kerang-kerangan siput air tawar. Ia banyak dijual di pasar terutama pasr tani.
Siput Sedut naik ke pokok bila air laut pasang
Siput Sedut ni sebenarnya adalah sebahagian dari kehidupan aku masa kecil dulu. Aku secara berkumpulan setiap hari akan turun ke hutan bakau di belakang rumah aku untuk mencari siput ini untuk dijual.

Kalau bernasib baik dapat banyak tapi kalau naksib tak baik bawak la balik mana yang ada dan kumpul 2-3 hari untuk jualan. Dulu harga jual murah, dalam RM 0.80 hingga RM 1.20 tapi kira cukupla nak buat belanja sekolah kalau sekali jual dalam 15-20 kilo..

Hasil carian hari ni setakat ambil nak buat makan je.. jangan tamak kata orang-orang tua..
Macam-macam pengalaman ada msa cari siput ni dan pengalaman paling hebat ialah sesat walaupun kitorang dah banyak kali sesat.

Aku kata hebat kerana itulah kejadian sesat paling lama kami pernah alami. Hutan Bakau atau hutan mana-mana pun bukan boleh buat main. Kalau kita cakap besar atau niat tak baik maka rasalah sendiri.

Cukupla nak buat makan... heheheh
Makcik Tom (Arwah) yang mengetuai misi kami mencari setiap hari bukanlah sebarang orang. Beliau amat mahir dengan hutan tersebut dan jika kita bertanya dimana kita berada sudah pasti dia kan menjawab dengan tenang dan bersahaja. Tetapi pada hari itu ketika hari sudah hampir senja tiba-tiba kami berjumpa dengan "lubuk" siput yang amat banyak. Apa lagi tak payah tunggu kautlah saja sebeapa banyak mahu sampai tak muat guni.. hahahahha

Kesudahan cerita sampai malam baru kami dapat keluar dari hutan tersebut dan pengajaran mudah dari cerita tersebut jangan tamak dan dengar arahan.

Pemandangan Hutan Bakau dari Jeti Taman Alam, Kuala Selangor
Pemandangan dari dalam hutan bakau
Ketam yang dari semalam asik terlepas
Berbalik kepada cerita memancing, semalam aku dan kawan-kawan telah terlepas 6 ekor ketam yang makan pancing dan ianya membuatkan kami naik angin dan merancang strategi untuk hari ini dan ternyata ianya berhasil.

Sebenarnya semalam kami tak bawa tangguk dan bila ketam makan pancing kami cuba tarik perlahan-lahan tapi gagal sebab ketam tu lebih cerdik.. dan hari ini itulah nasib ketam walaupun kami cuma dapat naikkan 2 ekor dan rasnya ia dah berbaloi untuk balas dendam.

Amacam.. besar tak?
Ketam yang terperangkan dalam "Bento" atau perangkap ketam
Anak aku si Alieya Balqis yang dari semalam asik menjerit bila ketam terlepas hari ini puas hati
Ibu juga tak dapat apa-apa walaupun hari ni dah masuk hari kedua
Siput kena potong hujungnya supaya boleh disedut
Itu cerita kat dalam hutan dan ini pula cerita bila dah balik rumah. Aku dengan sepantas kilat terus potong siput yang aku cari tadi untuk dimasak oleh si Ibu.. hahah

Sipu sudah dalam kuali
Ikan sembilang yang aku dapat tadi ditambah seekor oleh kawan aku.
Makanan sudah siap.. hahahhaha
Inilah makana naku malam ini.. ala kadar tapi sedap.
Kesudahan cerita hari ini adalah apa yang korang nampak dalam pinggan tu. tapi bagi aku sebenarnya inilah masa paling berkualiti bagi aku dan keluarga walaupun ianya bukanla percutian di tempat yang menarik.

Itu dulu cerita aku untuk kali ini dan kita sambung dengan cerita lain pada masa di lain masa....

Comments

Popular Posts