Majlis Pelancaran Persatuan Anak-Anak Melayu Bugis Kuala Selangor






Alhamdulillah seperti yang dirancangkan pada tanggal 24 Mei , Persatuan Anak-Anak Melayu Bugis Daerah Kuala selangor berjaya dilancarkan oleh Y.D.H Dato' Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor iaitu Tuan Hj. Aman Shah bin Mohd Shahar, S.M.S.

Seperti yang diterangkan oleh pengerusi persatuan ini, Tuan Hj. Yunus bin Suran beliau ingin melihat saudara mara yang jauh, yang dekat dan yang tidak dikenali dapat dikumpulkan untuk mengeratkan tali silatulrahim dan pada masa yang sama juga kita dapat sama-sama mengetahui asal usul kita dalam salasilah keluarga Bugis ini.

Diharap kepada anak-anak bugis yang masih belum mendaftar, marilah kita sama-sama meramaikan lagi ahli persatuan, tujuan kita bukanlah untuk bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk tentang asal usul keturunan kita tetapi hanya sekadar perintis kepada perjuangan kita yang tidak pernah selesai iaitu perjuangan menyatukan bangsa melayu yang kian runtuh dimamah zaman.

Marilah kita rapatkan siratulrahim! Kita teguhkan rumpun bangsa! Kita teruskan perjuangan! untuk memastikan kita terus Ujud di bumi yang bertuah ini.

- Tak Akan Melayu Hilang Didunia.. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Comments

Anonymous said…
Semoga Melayu Takan Hilang DiDunia.
Anonymous said…
sekarang!!.aku cube x nak mengaku aku darah raje bugis selangor..dan keturunan ku ade kubur kramat kat perak..aku..dok area sawah sempadan tg.karang..aku pernah bercerita ini semua pd kawan2 dr sejak kecil sampai la ni..tapi diketawakan org ajer..termasuk la kawan2 aku bugis ni yg..sombong bongkak n riak yg ade dalam persatuan ini!!..bye..

Popular Posts