SALASILAH PERSILATAN TANJUNG AGAM


Raja Haji FisabiliLlah iaitu Raja Muda Riau anak kepada Daeng Kemboja dan cucunda kepada Daeng Menambun dari Kerajaan Mempawah adalah pengasas kesenian Persilatan Tanjong Agam di Negeri Selangor khususnya dikalangan orang-orang istana.

Almarhum yang telah mangkat dan dimakamkan di Pulau Penyengat juga amat dkenali disekitar nusantara kerana kehebatan beliau menentang penjajah Belanda ketika beliau bergelar Raja Muda Riau. Warisan kesenian ilmu persilatan ini telah diwarisi dan dikembangkan oleh Penghulu Tanjung Karang iaitu Raja Alang Iskandar yang lebih dikenali sebagai Engku Long Tiang Seribu dan adinda beliau Raja Sulong dimana ianya terus berkembang dan diwarisi oleh Ngah bin Jantan iaitu dari kalangan Pendekar Ke-tujuh Selangor.

Pada sekitar tahun 1950an warisan ini telah diteruskan oleh anak beliau sendiri iaitu Budin bin Ngah di Batu 8 Tanjung Karang, kemudian Raja Ibrahim bin Raja Ali juga di Tanjung Karang, Othamn bin Mohd Said di Sungai Buaya, Ghazali bin Mohd Said di Klang dan seterusnya berkembang meluas di seluruh Selangor. Seni Persilatan Tanjung Agam ini berkembang di Negeri Selangor berpunca dari serangan Raja Haji Fisabillilah ke atas Belanda yang telah menawan dan menjajah semula Kota Melawati, Kuala Selangor selama 40 hari. Setelah penjajah berkenaan berjaya diusir, angkatan ini telah menetap di sekitar Kuala Selangor dan seterusnya berkembang sehingga ke sebahagian Perak dan Pahang.

Setelah Al-Marhum Raja Ibrahim berkuasa semula, Al-Marhum Raja Haji Fisabilillah telah berangkat ke Riau untuk meneruskan pemerintahan di sana. Maka Seni Persilatan Tanjung Agam ini terus diwarisi dikalangan orang-orang istana Selangor shingga Seni Persilatan ini masih dan terus berkembang dengan baik sehingga ke hari ini.

AGAMA DIJUNJUNG, KEDAULATAN DIGALAS, BUDAYA DISANJUNG, ADAT PENGHIAS.

Comments

Popular Posts